Thursday, 20 May 2010
BANJIR DI PRASEKOLAH
Tanggal 18 mei 2010 satu detik yang amat bersejarah bagi kami guru-guru dan pembantu prasekolah pertama kalinaya dewanmakan kami di landa banjir . Hari ini dalam sejarah kepada kami semua.habis peralatan seperti tikar getah kami musnah di landa banjir. Malang sungguh nasib kami.. walaubagaimana pun kami bersyukur peralatan dapur yang lain dapatkami selamatkan.
Saturday, 15 May 2010
SELAMAT HARI GURU
KAMI WARGA PRASEKOLAH SKPTM MENGGUCAPAKAN SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU YANG MENJADI PENDIDIK DI SKPTM... MARILAH KITA BERSAMA- SAMA TERUS BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK BANGSA DAN SKPTM .
TIDAK LUPA JUGA KEPADA TUAN GURU BESAR EN MD RIJANI BIN MAD IBRAHIM, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE..... SEMOGA TUAN GURU BESAR AKAN DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI SERTA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..

Thursday, 22 April 2010
HARI GANTI PERSEKOLAHAN
ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARIS DAN ANAK-ANAK COMEL PADA 24.4.2010 SEKOLAH AKAN MENGADAKAN KELAS GANTI SEMPENA CUTI RAYA TAHUN INI. PADA HARI ITU JUGA SEKOLAH AKAN MENGADAKAN HARI KANTIN SECARA DALAMAN.. BUAT ANAK-ANAK COMEL DAPATKAN KOPUN UNTUK BELAJAR MEMBELI.
Wednesday, 24 February 2010
Sebesar Zarah Sahaja
Lihatlah api itu, panas membara. Barang terkena sedikitpun, kita pasti merintih pedih. Menyakitkan.
Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan Malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.
Maka Jibril pun pergi menemui malaikat penjaga neraka yang bernama Zabaniah.
Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia. Api itu untuk kegunaan Adam di dunia.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma. ..
Zabaniah : Jika sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Jika begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : Jika sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit itu, maka Jibril as pun menghadap Allah SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai di dunia.
Selepas itu Jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
Maka, bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai syurga dan sungai dunia itu kita tidak termampu menahan kepanasannya, bagaimana dengan api neraka yang sebenar di akhirat nanti?
Wallahu’alam

Berkat Sayang Dan Muliakan Kucing
Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia .
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.
Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentan g seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Friday, 12 February 2010
Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ;
SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD –> Hilang berkat
ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA –> Mempusakai kebinasaan
RABU –> Mempusakai jahat perangai
KHAMIS –> Mempusakai kaya
JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”
** RUJUKAN:Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1

Unit Prasekolah SKPTM
Subscribe to:
Posts (Atom)